Kawasaki Z900 model tahun 2019 di pasaran Eropah

Kawasaki Z900 merupakan sebuah model naked berprestasi tinggi, dilengkapi enjin berkapasiti 948cc (Liquid-cooled, 4-stroke In-Line Four, DOHC, 16 valves) dengan padanan transmisi 6-kelajuan. Enjin yang melengkapinya menghamburkan kuasa maksimum 125PS @ 9,500rpm dengan tork puncak 98.6Nm @ 7,700rpm.

Untuk pasaran Eropah, Kawasaki Z900 model tahun 2019 didatangkan dalam empat pilihan warna yang menarik dan sporty seperti Candy Lime Green / Metallic Matte Graphite Gray, Metallic Moondust Gray / Ebony, Metallic Flat Spark Black / Metallic Spark Black dan Pearl Flat Stardust White / Metallic Spark Black.

Berat keseluruhan Z900 2019 ialah 210 kg dan dilengkapi tangki bahan api dengan isipadu maksimum 17 liter. Ketinggian tempat duduk jentera tersebut berada pada paras 795 mm, dengan jarak kelegaan bumi 130 mm. Tayar depannya berukuran 120/70ZR17 dan belakang 180/55ZR17 untuk tunggangan yang lincah dan lebih stabil.

Ciri-ciri lain yang melengkapinya termasuklah teknologi ERGO-FIT, sistem brek ABS,  suspensi belakang Horizontal Back-link, Assist & Slipper Clutch, Dual Throttle Valves dan Economical Riding Indicator untuk membantu penggunaan bahan api lebih cekap. Z900 2019 di pasaran Eropah juga boleh didapati dalam versi Performance.