Warna dan grafik baharu untuk Kawasaki Versys 650 model 2018

Untuk musim jualan tahun 2018, Kawasaki Versys 650 akan didatangkan dalam tiga pilihan warna dan grafik baharu iaitu ‘Candy Lime Green / Metallic Spark Black’, ‘Pearl Blizzard White / Metallic Spark Black’ dan ‘Metallic Matte Covert Green / Metallic Flat Spark Black’. 

Kawasaki Versys 650 2018 merupakan salah sebuah model kembara popular di pasaran seluruh dunia. Ianya dilengkapi enjin berkapasiti 649cc (Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin, DOHC, 8 valves) dengan gandingan transmisi enam kelajuan.

Tujahan kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjinnya mencapai 69PS pada 8,500rpm, dengan jumlah tork setinggi 64Nm pada 7,000rpm. Dengan kapasiti tangki bahan api 21 liter, Versys 650 tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengembara lebih jauh sebelum perlu diisi semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *