Motosikal

Informasi Dua Roda

Galeri: Demak Evo Z 125R

Untuk peminat motosikal berjenama tempatan yang mahukan sebuah model yang tampil dengan reka bentuk sporty dan harga berpatutan, mungkin boleh mempertimbangkan Demak Evo Z 125R.

Dilancarkan sekitar bulan November 2015, Demak Evo Z 125R mempunyai gaya rekaan mirip model popular Yamaha Y15ZR, dengan tiga pilihan warna menarik seperti kuning, biru dan merah.

Ianya dilengkapi enjin bersesaran 125cc (4-Stroke, Single Cylinder, Air-cooled & Oil Cooled) dengan kuasa 8.5kW @ 9,000rpm dan tork 9.5Nm @ 7,500rpm, yang kemudiannya digandingkan dengan kotak gear lima kelajuan.

Ciri-ciri lain yang melengkapinya termasuklah klac tangan manual, brek cakera di bahagian roda depan, penyerap hentak belakang jenis ‘monoshock’, rim roda aloi, sistem penghidup tendang dan eletrik, serta tangki minyak maksimum 4.2 liter.

Harga asas yang ditetapkan untuk Demak Evo Z 125R dalam lingkungan RM5,580.00 sahaja tidak termasuk GST (sumber dari Mudah.my), boleh dikatakan berpatutan dengan apa yang ditawarkan.

Motosikal © 2018