Motosikal

Informasi Dua Roda

Yamaha YZF-R15 2017 serba baharu dijangka akan dilancarkan di pasaran Malaysia mulai awal tahun depan

 

Yamaha YZF-R15 Version 1.0 dan Version 2.0 tidak pernah dibawa masuk ke pasaran Malaysia sebelum ini. Tidak lama lagi semua itu mungkin berubah dengan kehadiran YZF-R15 Version 3.0 yang telah pun dilancarkan di pasaran Indonesia dan Thailand.

Yamaha YZF-R15 Version 3.0, atau lebih dikenali sebagai Yamaha YZF-R15 2017 serba baharu, ketika ini dikatakan sedang diuji di jalan raya oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM). Ianya merupakan bukti jelas bahawa HLYM sedang merancang untuk melancarkan model tersebut ke pasaran Malaysia.

Menurut sumber, YZF-R15 2017 dijangka akan dilancarkan oleh HLYM pada awal tahun depan, namun tarikh yang tepat masih belum dapat dipastikan. Model ini pastinya akan mendapat sambutan hangat pembeli apabila melihat kepada spesifikasinya yang canggih.

Ianya dikuasakan enjin 155cc dengan teknologi VVA (Variable Valve Actuation), dilengkapi transmisi enam kelajuan, sistem penyejuk cecair, kerangka jenis Deltabox, suspensi depan terbalik (Up Side Down Suspension), ASC (Assists & Slipper Clutch), lengan ayun belakang aluminium, brek cakera depan dan belakang, meter digital dengan ‘Shift Timing Light’, sistem lampu LED, lampu kabus, tayar tanpa tiub dan tangki petrol maksimum 11 liter.

Berkenaan harga, belum tahu lagi berapa ianya akan ditetapkan, mungkin sekitar RM11k atau RM12k, bergantung kepada pertimbangan HLYM dengan mengambil kira beberapa faktor yang munasabah. Mungkin anda sudah boleh membuat tabungan mulai sekarang.

Motosikal © 2017