Warna baharu untuk Yamaha MT-03 2018 di pasaran Eropah

Yamaha MT-25 dan Yamaha MT-03 mungkin tidak dibawa masuk ke pasaran Malaysia, namun itu semua tidak menghalang peminat dunia motosikal tempatan untuk terus mengikuti perkembangan kedua-dua model. Untuk pasaran Eropah, Yamaha MT-03 model tahun 2018 diumumkan telah menerima pilihan dua warna terbaharu.

Kedua-dua pilihan warna baharu itu diberi nama ‘Night Fluo’ dan ‘Yamaha Blue’, bersama-sama dengan pilihan warna sedia ada ‘Power Black’. Menurut Yamaha Motor Europe, Yamaha MT-03 2018 telah berada di pasaran Eropah mulai tarikh 17 Ogos 2017.

Imbas kembali spesifikasi teknikal penjana kuasanya, Yamaha MT-03 dilengkapi enjin bersesaran 321cc (liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valves, 6-speed transmission system) yang menghamburkan prestasi maksimum 42.0PS @ 10,750rpm dengan tork mencecah 29.6Nm @ 9,000rpm. Enjin tersebut memenuhi piawaian ketat EURO4.

Untuk pasaran Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) sepatutnya membawa masuk model Yamaha MT-25 yang pasti akan menarik perhatian ramai pembeli. Namun entah apa sebabnya, sehingga kini impian tersebut belum menjadi kenyataan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *