Galeri: SYM Sport Rider 125i Special Edition (SE) 2017

SYM Sport Rider 125i merupakan sebuah model motosikal terbaharu dalam kategori kapchai @ moped yang dilancarkan oleh SYM Malaysia dalam bulan Ogos tahun lepas.

Model tersebut memiliki enjin yang mematuhi piawaian standard Euro 3 berkapasiti 123cc SOHC dengan sistem suntikan bahan api eletronik (EFI), sistem sejukan udara, silinder tunggal, dua injap, gear 4-kelajuan auto, seterusnya menghasilkan kuasa maksimum 9.5PS@8,000rpm dengan tork puncak 10.8Nm @ 5,500rpm.

SYM Sport Rider 125i turut dilengkapi sistem brek cakera di bahagian roda depan, brek jenis dram di bahagian roda belakang, lampu DRL, lampu signal dan lampu belakang LED, meter kelajuan LCD digital, dan tangki petrol 4.2 liter.

Tersedia dalam tiga pilihan warna yang menarik seperti biru, kuning dan merah, ianya juga ditawarkan dalam versi Special Edition (SE) yang didatangkan dalam pilihan warna tunggal ‘Matte Black’.

Sewaktu dilancarkan, versi standard model berkenaan dijual pada harga asas sekitar RM5,450.00, manakala versi Special Edition boleh dimiliki pada harga asas RM5,570, termasuk jaminan selama tempoh 3 tahun atau 30,000km.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *