Motosikal

Informasi Dua Roda

Modenas Dinamik 120 Edisi Harimau Malaya diperkenalkan

 

Modenas baru-baru ini memperkenalkan Dinamik 120 Edisi Harimau Malaya dalam skim warna kuning dan hitam, sebagai penghargaan untuk pasukan bola sepak negara. Sekali pandang agak menarik juga model ini yang tampil dengan penampilan tersendiri.

Menurut laporan, pengeluaran Modenas Dinamik 120 akan dihentikan pada penghujung tahun ini, dan Dinamik 120 Edisi Harimau Malaya ini adalah model terakhir. Ianya hanya dikeluarkan dalam jumlah 1,000 unit sahaja, jadi anda perlu cepat sebelum kehabisan.

Adakah benar motosikal dua lejang berprestasi ini akan tiada lagi di pasaran mulai tahun depan, bersama-sama model Yamaha 125ZR Super Sport yang akan turut dihentikan pengeluarannya? Kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan selanjutnya.

Motosikal © 2017