Motosikal

Informasi Dua Roda

Honda RS 125 Fi model tahun 2017 di pasaran Filipina

 

Tentu ramai di kalangan peminat motosikal tempatan yang masih mengingati model Honda Hurricane 110 yang pernah popular suatu ketika dahulu. Untuk pasaran Filipina, terdapat sebuah model yang mirip Hurricane 110 dan dikenali dengan nama Honda RS 125 Fi.

Untuk tahun 2017, Honda RS 125 Fi di pasaran Filipina hadir dengan penampilan warna dan corak baharu yang lebih menarik, di samping enjin empat lejang 124.89cc PGM-Fi yang kini patuh piawaian Euro 3. Ianya dikatakan lebih menjimatkan berbanding sebelumnya.

Menarik juga kalau model ini dilancarkan di pasaran Malaysia, namun sudah tentu pihak pengurusan Boon Siew Honda Sdn Bhd tidak pernah terfikir tentang cadangan tersebut.

Motosikal © 2017