Honda Winner 2019 versi facelift terbaharu bakal dilancarkan di pasaran Vietnam pada 13 Julai 2019

Honda Winner 150cc di pasaran Vietnam merupakan salah sebuah model moped yang menjadi saingan kepada model Yamaha Exciter 150cc. Di pasaran Malaysia, ianya dikenali dengan nama Honda RS150R dan merupakan pilihan kedua selepas model Yamaha Y15ZR di kalangan para peminat motosikal tempatan. (more…)

Ducati Panigale V4 R 2019 kini di pasaran Malaysia, harga asas RM 299,900 sahaja

Ducati Malaysia baru-baru ini secara rasminya melancarkan model terbaharu Ducati Panigale V4 R model tahun 2019, pada harga jualan RM299,900.00 sahaja (harga asas tanpa insuran, cukai jalan dan kos pendaftaran). Model tersebut tampil dengan reka bentuk yang cukup bergaya dan sporty, lengkap dengan pelbagai spesifikasi canggih dan terkini. (more…)

Yamaha 135LC model tahun 2019 terbaharu diperkenalkan, harga jualan asas RM6,868.00 sahaja

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) hari ini secara rasminya memperkenalkan Yamaha 135LC model tahun 2019 terbaharu yang kini tampil dengan beberapa perubahan kecil berbanding model terdahulu. Kesemua perubahan yang diperkenalkan tersebut melibatkan aspek kosmetik sahaja, seperti mana dalam senarai di bawah : (more…)

Yamaha perkenal YZF-R125 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition 2019

Yamaha Motor Europe secara rasminya memperkenalkan model supersport YZF-R125 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition, dengan tempahan untuk model berkenaan telah bermula mulai bulan Mei 2019 ini. Tiga pilihan warna ditawarkan untuk jentera berkonsepkan perlumbaan itu iaitu Yamaha Blue, Tech Black dan Competition White. (more…)

Jentera perlumbaan Yamaha TZ250M jadi inspirasi untuk model Yamaha TZM150

Sumber gambar dari : Yamaha TZM Malaysia FB

Bagi setiap model motosikal bercirikan prestasi dan kelajuan, pasti ada model tertentu yang menjadi inspirasi pengeluarannya. Begitu juga dengan model Yamaha TZM150 yang pernah berada di pasaran suatu ketika dahulu. Menurut paparan brosur di atas, Yamaha TZM150 diinspirasikan daripada jentera perlumbaan Yamaha TZ250M. (more…)