Yamaha Jupiter V model keluaran tahun 2003

Sekali pandang tentu ramai yang mengenali model motosikal dalam kategori kapchai ini. Untuk pasaran Malaysia, ianya dikenali dengan nama Yamaha Lagenda, manakala untuk pasaran Indonesia ianya dikenali dengan nama Yamaha Jupiter. Pasaran lain yang turut pernah menerima model ini termasuklah Thailand, Vietnam dan juga Filipina. (more…)

BMW Motorrad Vision DC Roadster diperkenalkan, beri bayangan motosikal elektrik BMW pada masa depan

Pada masa depan, setiap model motosikal baharu dijangka akan dijana oleh tenaga elektrik sepenuhnya berbanding enjin konvensional seperti mana sekarang. Bagi BMW Motorrad yang selama ini terkenal dengan identiti enjin boxer dua silinder sejak lebih 90 tahun yang lalu, timbul persoalan bagaimanakah reka bentuk sebenar motosikal elektriknya nanti? (more…)

Yamaha perkenal YZF-R3 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition 2020 untuk pasaran USA

Yamaha Motor USA pada awal bulan Jun 2019 yang lalu secara rasminya memperkenalkan YZF-R3 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition model tahun 2020, dan bakal berada di pasaran USA mulai bulan Julai 2019. Harga yang ditetapkan adalah sebanyak $5,599 MSRP, bersamaan RM23,160.82 mengikut nilai kadar tukaran mata wang semasa. (more…)

Ducati Streetfighter V4 Prototype terlibat dalam kemalangan di perlumbaan Pikes Peak 2019, pelumba handalan Carlin Dunne terkorban

Ini merupakan berita terbaharu yang amat menyedihkan buat komuniti permotoran di seluruh dunia. Dalam perlumbaan Pikes Peak International Hill Climb 2019 kali yang ke-97 di Colorado, USA, pelumba handalan dan bekas juara edisi 2018, Carlin Dunne, yang menunggang jentera prototaip Ducati Streetfighter V4, telah terlibat dalam kemalangan tidak jauh dari garisan penamat yang seterusnya mengorbankan nyawanya. (more…)

Lakaran Kawasaki Ninja 250cc 4-silinder Model Year 2020 daripada Young Machine

Nampaknya kehangatan berita mengenai model terbaharu Kawasaki Ninja 250cc dengan enjin 4-silinder kian meningkat dan semakin panas, dengan kemunculan lakaran terkini daripada majalah permotoran terkenal Young Machine. Buat masa ini model tersebut dikenali dengan nama panggilan Kawasaki Ninja ZX-25R Model Year 2020, dan dikatakan bakal diperkenalkan secara rasmi hujung tahun ini di Tokyo Motor Show 2019. (more…)