Motosikal

Informasi Dua Roda

Galeri : 2017 Benelli RFS 150i (Warna Biru & Special Edition)

Pencabar baharu dalam kelas moped 150cc di pasaran tempatan, Benelli RFS 150i, telah pun berada di pasaran sejak beberapa bulan yang lepas. Banyak kedai-kedai motosikal kini telah menawarkan stok untuk model berkenaan, yang didatangkan dalam warna Merah, Biru, Kuning, dan termasuklah dalam skim warna Special Edition.

Boleh dikatakan keempat-empat pilihan warna yang ditawarkan itu adalah menarik sekali, apatah lagi apabila ianya digabungkan dengan spesifikasi teknikal yang begitu mantap dan hebat. Benelli RFS 150i 2017 dikuasakan enjin bersesaran 149.8cc yang menghamburkan kuasa maksimum 15.5hp @ 8,500rpm dengan tork puncak 13Nm @ 7,000rpm.

Enjin tersebut sememangnya unik apabila dilengkapi tiga palam pencucuk untuk keluaran kuasa yang lebih padu, di samping mengoptimumkan penggunaan bahan api dan mengurangkan pelepasan emisi yang mencemarkan alam. Enjin tersebut turut dipadankan kotak gear enam kelajuan, bersama-sama gandingan klac tangan manual.

Benelli RFS 150i 2017 versi standard ditawarkan pada harga termasuk GST sebanyak RM7,407.00, manakala versi Special Edition boleh dimiliki pada harga RM7,778.00. Model ini merupakan pencabar terus kepada dua model 150cc yang lain, Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R. Sedikit masa lagi pencabarnya mungkin Modenas GT150 2018.

Motosikal © 2017