Yamaha RX-Z model tahun 1989

Sekitar tahun 1989 pada suatu ketika dahulu, memiliki sebuah motosikal Yamaha RX-Z pastinya sesuatu yang amat bermakna dan menggembirakan. Mungkin pada ketika itu, Yamaha RX-Z yang dijual di pasaran negara kita adalah sama seperti mana yang dipaparkan di sini. Atau mungkin juga ianya merupakan model untuk luar negara.

Yamaha RX-Z model tahun 1989 yang disiarkan di sini mempunyai dua versi iaitu versi rim jejari dan versi rim aloi berwarna emas, dalam pilihan dua warna klasik hitam merah dengan jalur perak dan biru tua dan muda dengan jalur kuning. Enjinnya dilengkapi kotak gear 6-kelajuan, bersama-sama sistem ekzos berwarna hitam keseluruhannya.