HLYM lancar Yamaha Tracer 900GT untuk pasaran Malaysia

Hong Leong Yamaha Motor hari ini dengan rasminya melancarkan model terbaharu Yamaha Tracer 900GT untuk pasaran Malaysia. Model tahun 2019 itu ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu biru dan kelabu, dengan tanda harga asas RM58,888.00.

Yamaha Tracer 900GT merupakan motosikal dalam kategori Sport Touring, sangat sesuai untuk mereka yang berjiwa pengembaraan. Dikuasakan enjin 847cc (3-Cylinder, Liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-Valves) dengan gandingan transmisi 6-kelajuan, kuasa maksimumnya mencapaiĀ 115PS @ 10,000rpm dengan torkĀ 87.5Nm @ 8,500rpm.

Antara ciri-ciri lain yang melengkapinya termasuklah Assist & Slipper Clutch, Quick Shift System, paparan instrumen meter TFT, Heated Grips, Fully-Adjustable Front Fork, Preload Adjustable Rear Shock dan cermin penghadang angin boleh laras.

Dengan kapasiti tangki bahan api 18 liter, Yamaha Tracer 900GT 2019 ini menjadi sebuah model ideal untuk tunggangan seharian mahu pun untuk aktiviti pada hujung minggu. Ianya akan berada di pasaran secara rasmi mulai bulan Februari 2019.