Motosikal

Informasi Dua Roda

Honda X-ADV, Honda CRF1000L Africa Twin dan Africa Twin Adventure Sports 2018 kini di pasaran Malaysia

Buat peminat motosikal berkuasa tinggi tempatan, dua model terbaharu Honda X-ADV dan Honda CRF1000L Africa Twin model tahun 2018, kini telah ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) secara rasminya memperkenalkan kedua-dua model tersebut pada 26 April 2018 di MAI Malaysia Autoshow 2018 di Serdang, Selangor.  (more…)

Boon Siew Honda lancar model baharu Dash 125 2018

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) hari ini secara rasminya melancarkan sebuah model baharu dalam segmen kapcai – Honda Dash 125 model tahun 2018. Model tersebut dilancarkan di pasaran tempatan dengan enjin berkapasiti 125cc yang menghasilkan kuasa maksimum 7.35kW @ 8,000rpm dengan tork puncak 9.54Nm @ 6,500rpm. (more…)

Yamaha YZF-R15 2018 di pasaran India tidak dilengkapi suspensi depan USD

2018 Yamaha YZF-R15 di pasaran India

Model terbaharu Yamaha YZF-R15 model tahun 2018 (Version 3.0) dijangka akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada penghujung bulan Julai ini. Namun begitu jika benar ianya dilancarkan nanti, timbul persoalan adakah ianya versi di pasaran ASEAN atau versi di pasaran India? Ini kerana terdapat satu perbezaan ketara di antara kedua-dua versi. (more…)

BMW K 1600 GT, K 1600 GTL, K 1600 B dan K 1600 Grand America terima kemaskini untuk model tahun 2019

Empat model motosikal keluaran BMW Motorrad iaitu BMW K 1600 GT, BMW K 1600 GTL, BMW K 1600 B dan BMW K 1600 Grand America, merupakan antara model-model yang menerima kemaskini terbaharu untuk tahun 2019, seperti mana diumumkan baru-baru ini. (more…)

Honda PCX150 2018 di pasaran Jepun dilengkapi ABS

Skuter Honda PCX150 model tahun 2018 baru saja diperkenalkan di pasaran Malaysia baru-baru ini, pada harga jualan asas RM10,999.00. Untuk pasaran negara asalnya Jepun, model tersebut telah dijual lebih awal iaitu mulai 20 April 2018 yang lepas, bersama-sama PCX125 yang memulakan jualannya pada tarikh 6 April 2018. (more…)

Motosikal © 2018