Tag: Yamaha

Yamaha FZR250 model tahun 1987

Dengan adanya ura-ura bahawa Kawasaki akan melancarkan model terbaharu Ninja ZX-25R dengan enjin empat silinder, tidak mustahil pada masa akan datang Yamaha akan turut melancarkan model dalam segmen yang sama juga dengan enjin empat silinder, seperti mana model Yamaha FZR250 yang pernah diperkenalkan dahulu. (more…)

Yamaha SR-Z 125 model tahun 1993

Menurut sumber maklumat yang agak terhad, Yamaha SR-Z 125 model keluaran tahun 1993 ini dilengkapi enjin empat lejang bersesaran 125cc. Model ini mempunyai reka bentuk yang sama dengan model Yamaha RX-Z, cuma perbezaannya ialah dari segi penggunaan enjin sahaja, di mana RX-Z dilengkapi enjin jenis dua lejang. (more…)

Yamaha RZ-R model tahun 1991

Yamaha RZ-R model tahun 1991 ini pernah mewarnai dunia permotoran dan agak popular pada suatu ketika dahulu, terutamanya di pasaran luar negara. Entah kenapa Yamaha RX-Z versi full fairing ini tidak di bawa masuk ke pasaran Malaysia, kalau tidak tentu bertambah meriah dunia permotoran tempatan pada ketika itu. (more…)

Yamaha RX-Z model tahun 1986

Yamaha RX-Z keluaran tahun 1986 ini tidaklah terlalu menonjol. Pilihan warna yang dipadankan hanyalah putih dan biru yang tidak terlalu menyerlah, manakala sistem brek depannya masih jenis gelendong sama seperti di bahagian belakang. Kotak gear yang melengkapi enjin dua lejangnya pula dipercayai masih jenis 5-kelajuan. Walaupun mempunyai spesifikasi sederhana, yang penting RX-Z 1986 ini lain dari yang lain. (more…)