Tag: Yamaha XSR900

Galeri : Yamaha XSR900 model tahun 2016

Dalam bulan November 2015 yang lepas, Yamaha Motor Europe memperkenalkan model terbaharu Yamaha XSR900 sebagai salah sebuah model di dalam warisan bersejarahnya ‘Sport Heritage’. Yamaha XSR900 terbaharu ini adalah susulan daripada model XSR700 yang diperkenalkan pada awal 2015, tampil dengan gaya klasik retro dengan teknologi canggih masa kini lagi berkuasa.

Yamaha XSR900 akan berada di pasaran Eropah mulai Februari 2016, dilengkapi enjin 850cc sebaris tiga silinder (liquid-cooled 4-stroke) yang menggunakan falsafah konsep enjin Crossplane yang menghasilkan kuasa cukup bertenaga. Motosikal tersebut turut mendapat manfaat daripada teknologi terkini seperti ‘Traction Control System’ (TCS) dan klac ‘Assist & Slipper’ (A&S). Sistem brek ABS pula merupakan ciri standardnya.

Yamaha XSR900 terbaharu ini boleh didapati dalam pilihan warna-warna seperti ‘Matt Grey’ dan ‘Rock Slate’, dengan skim warna paling menarik adalah gabungan hitam dan kuning sempena sambutan ulangtahun Yamaha kali ke-60 (Yamaha 60th Anniversary) yang disambut pada tahun lepas (1955-2015). Untuk anda, saksikan gambar-gambar menariknya dalam galeri di bawah.