Tag: Yamaha RX-Z

Yamaha RX-Z model tahun 1986

Yamaha RX-Z keluaran tahun 1986 ini tidaklah terlalu menonjol. Pilihan warna yang dipadankan hanyalah putih dan biru yang tidak terlalu menyerlah, manakala sistem brek depannya masih jenis gelendong sama seperti di bahagian belakang. Kotak gear yang melengkapi enjin dua lejangnya pula dipercayai masih jenis 5-kelajuan. Walaupun mempunyai spesifikasi sederhana, yang penting RX-Z 1986 ini lain dari yang lain. (more…)

Yamaha RX-Z model tahun 2007 di pasaran Malaysia

Menurut laman sesawang Wikipedia, Yamaha RX-Z telah mengalami perubahan reka bentuk mulai tahun 2004, di mana rekaan lampu belakangnya diambil daripada lampu belakang model Yamaha 125ZR. Perubahan lain ialah sistem ekzosnya yang telah dilengkapi catalytic converter dan cowling fairing rekaan baharu yang sporty. (more…)

Yamaha RX-Z Deluxe model tahun 1993

Menurut Yamaha, model ini dikenali dengan nama Yamaha RX-Z Deluxe, atau singkatannya ialah RX-ZD. Tidak dapat dipastikan kenapa model ini diberi gelaran Deluxe yang membawa maksud kemewahan, atau mungkin juga kerana ianya hadir dengan ciri-ciri dan teknologi yang lebih baik berbanding RX-Z versi standard. (more…)

Yamaha RX-Z model tahun 1989

Sekitar tahun 1989 pada suatu ketika dahulu, memiliki sebuah motosikal Yamaha RX-Z pastinya sesuatu yang amat bermakna dan menggembirakan. Mungkin pada ketika itu, Yamaha RX-Z yang dijual di pasaran negara kita adalah sama seperti mana yang dipaparkan di sini. Atau mungkin juga ianya merupakan model untuk luar negara. (more…)