Tag: Yamaha NMAX

Harga rasmi skuter Yamaha NMAX diumumkan

Sebelum ini Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) telah menganjurkan majlis pra-pelancaran untuk model skuter terbaharu Yamaha NMAX, dengan harga awal yang disebut-sebut adalah di bawah RM10k.

Kini HLYM telah mengumumkan harga rasmi Yamaha NMAX untuk pasaran Malaysia, iaitu sebanyak RM8,812.84 (termasuk GST, tanpa cukai jalan dan insuran). Menurut laman FB Sinar Turbo, Yamaha NMAX akan berada di pasaran mulai April 2016.