Tag: Yamaha 135LC Super Sport

Harga Yamaha 135LC Super Sport 2016 ditetapkan sebanyak RM7,068.08 (OTR)

Model ‘facelift’ terbaru Yamaha 135LC Super Sport 2016 telah dilancarkan dengan rasminya dalam bulan Januari yang lepas. Namun menurut laman FB Sinar Turbo, model tersebut hanya akan berada di pasaran mulai bulan Mac depan, dengan harga atas jalan (OTR) yang ditawarkan adalah sebanyak RM7,068.08. Di sini saya siarkan beberapa keping gambar model berkenaan dalam warna biru hitam, dan anda juga boleh melihat reka bentuk terbaru lampu belakangnya.