Tag: KTM

KTM 390 Adventure 2019 bakal dilancarkan tahun depan

Menurut laporan, Bajaj selaku rakan niaga KTM baru-baru ini telah mengesahkan bahawa model baharu KTM 390 Adventure 2019 bakal dilancarkan pada tahun depan. Model tersebut dikatakan akan dipasang oleh Bajaj di kilang mereka di India, dan mungkin pengenalan versi produksi pertama model tersebut juga akan diadakan di sana. (more…)

Jentera kembara KTM 790 Adventure R 2019 dipertontonkan

KTM baru-baru ini pada tarikh 20 Jun 2018, bertempat di Olbia, Sardinia, dalam acara tahunan EUROPEAN ADVENTURE RALLY bersama-sama pemilik KTM Adventure, telah mempamerkan jentera kembara KTM 790 Adventure R model tahun 2019. Penampilan eksklusif jentera pra-pengeluaran tersebut bakal disusuli dengan penampilan rasminya di EICMA 2018 pada 6 November akan datang, bersama-sama perincian teknikal penuh. (more…)

KTM 790 Duke 2018 ‘The Scalpel’ kini di pasaran Malaysia

Model ‘naked’ berkuasa tinggi yang dinanti-nantikan, KTM 790 Duke 2018 ‘The Scalpel’ kini telah berada di pasaran Malaysia. Harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM64,800 (harga asas tanpa GST) untuk model yang didatangkan secara CBU itu. KTM 790 Duke secara rasminya menggantikan model KTM 690 Duke yang tidak kurang popularnya. (more…)