Tag: Honda CBR150R Model Year 2016

Video TVC & galeri foto Honda CBR150R 2016

Model terbaru Honda CBR150R 2016 yang dilancarkan di pasaran Indonesia baru-baru ini ternyata mendapat pujian menggunung daripada pihak media dan juga peminat. Bukan saja kerana reka bentuk terkininya yang menawan dan sporty, malah ianya juga disebabkan oleh ciri-ciri dan keupayaannya yang diinspirasikan daripada jentera perlumbaan di litar. Rasanya ramai yang tidak sabar-sabar untuk menggunakan teknik ‘meleper’ apabila berjaya memiliki CBR150R 2016 ini nanti. (more…)

Model terbaru ‘The All New CBR150R 2016’ dilancarkan untuk pasaran Indonesia

Seperti mana yang dijangkakan sejak beberapa hari yang lepas, PT Astra Honda Motor hari ini secara rasminya melancarkan Honda CBR150R 2016 serba baharu untuk pasaran Indonesia. Majlis pelancaran model yang dinanti-nantikan itu berlangsung di Litar Antarabangsa Sentul, Bogor, dengan dihadiri oleh dua pelumba handalan MotoGP Honda iaitu Marc Marquez dan Dani Pedrosa. Kedua-dua pelumba itu pada masa yang sama memperkenalkan pasukan MotoGP Honda untuk musim 2016, di samping turut melancarkan pasukan Astra Honda Racing Team. (more…)

‘Spyshot’ Honda CBR150R versi ‘facelift’ 2016

Di pasaran Indonesia, Honda CBR150R versi tahun 2014/2015 dilancarkan dengan lampu depan berkembar rekaan terbaru yang kelihatan lebih sporty dan menarik. Model tersebut bagaimanapun tidak pernah dibawa masuk ke pasaran Malaysia sehinggalah ke saat ini. Kini memasuki bulan Februari 2016, PT Astra Honda Motor (AHM) bakal melancarkan versi terkini CBR150R. (more…)