MV Agusta perkenal Brutale 800 dan F3 675 untuk lesen kategori A2 dengan kuasa maksimum 35kW

Dalam bulan Januari 2019 yang lalu, MV Agusta telah memperkenalkan dua model dalam kategori lesen A2, Brutale 800 dan F3 675, yang masing-masing kini menawarkan kuasa maksimum 35kW (47bhp). Ini membolehkan penunggang muda yang kurang berpengalaman peluang untuk merasai pengalaman menunggangnya. (more…)

Kawasaki Ninja 650 model tahun 2019 untuk pasaran Eropah

Untuk pasaran Eropah bagi musim jualan tahun 2019, Kawasaki Ninja 650 hadir dalam tiga pilihan warna iaitu KRT Edition (Lime Green / Ebony), Candy Steel Furnace Orange / Metallic Spark Black dan Metallic Flat Spark Black / Metallic Spark Black. Lebih menarik lagi, model tersebut turut ditawarkan dalam versi Performance dan Tourer. (more…)

Yamaha XSR700 2019 kini di pasaran USA

Model bergaya klasik moden Yamaha XSR700 model tahun 2019, secara rasminya telah berada di pasaran USA sejak bulan Februari 2019 yang lalu. Hanya boleh didapati dalam pilihan warna tunggal Aluminum/Red, harga yang ditawarkan adalah sebanyak $8,499 sahaja (bersamaan RM34,740.51 mengikut kadar tukaran semasa). (more…)

Honda NC750S dan NC750X 2019 terima penambahbaikan spesifikasi dan perubahan warna untuk pasaran Jepun

Untuk pasaran Jepun mulai bulan November 2018 yang lalu, Honda NC750S dan Honda NC750X model tahun 2019, telah menerima penambahbaikan spesifikasi dan perubahan warna baharu. Selain daripada model standard yang dilengkapi transmisi 6-kelajuan, kedua-dua model turut tersedia dalam versi dengan transmisi DCT. (more…)

Honda PCX 2019 terima warna baharu Sophisticated Matte Silver di pasaran Indonesia

Pada 04hb. Februari 2019 yang lalu, PT Astra Honda Motor (AHM) secara rasminya memperkenalkan skuter Honda PCX model tahun 2019 yang kini didatangkan dengan pilihan warna baharu Sophisticated Matte Silver. Pilihan warna lain yang turut tersedia adalah seperti Wonderful White, Brilliant Black dan Majestic Matte Red. (more…)