Indian Motorcycle perkenal model terbaharu Roadmaster Elite Limited Edition 2019

Indian Motorcycle, syarikat pengeluar motosikal pertama Amerika Syarikat yang bermula sejak tahun 1901, pada 26hb. Februari 2019 yang lalu telah mengumumkan ketibaan model touring ultra-premium terbaharu Indian Roadmaster Elite 2019. Model Limited Edition tersebut hanya dikeluarkan dalam jumlah terhad 200 unit sahaja. (more…)

Yamaha RX-Z model tahun 1989

Sekitar tahun 1989 pada suatu ketika dahulu, memiliki sebuah motosikal Yamaha RX-Z pastinya sesuatu yang amat bermakna dan menggembirakan. Mungkin pada ketika itu, Yamaha RX-Z yang dijual di pasaran negara kita adalah sama seperti mana yang dipaparkan di sini. Atau mungkin juga ianya merupakan model untuk luar negara. (more…)

Honda CB400 SUPER FOUR dan CB400 SUPER BOL D’OR 2019 di pasaran Jepun

Untuk pasaran Jepun, Honda CB400 SUPER FOUR dan Honda CB400 SUPER BOL D’OR model tahun 2019 boleh didapati dalam dua pilihan warna yang cukup menarik dan elegan, Atmosphere Blue Metallic dan Darkness Black Metallic. Kedua-dua model telah berada di pasaran Jepun secara rasmi mulai tarikh 26 November 2018 yang lalu. (more…)

Warna baharu untuk Yamaha XSR700 ABS 2019 di pasaran Jepun

Yamaha baru-baru ini telah memperkenalkan warna baharu untuk model Yamaha XSR700 ABS model tahun 2019, yang bakal berada di pasaran Jepun secara rasmi mulai 28 Mac 2019. Harga jualan yang ditawarkan untuk model berkenaan adalah sebanyak 899,640 Yen, bersamaan RM33,080.14 mengikut kadar tukaran semasa. (more…)

Kawasaki Versys 650 model tahun 2019 di pasaran Eropah

Di pasaran Eropah, Kawasaki Versys 650 model tahun 2019 hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Candy Lime Green / Metallic Spark Black, Metallic Spark Black / Metallic Matte Fusion Silver dan Metallic Moondust Grey / Metallic Flat Spark Black.┬áSelain versi biasa, Versys 650 turut ditawarkan dalam versi Tourer, Tourer Plus dan Grand Tourer. (more…)