Yamaha RX-Z model tahun 1985, dilengkapi brek depan jenis gelendong

Sekitar tahun 1980an dan juga 1990an, adalah perkara biasa apabila kebanyakan model motosikal yang berada di pasaran masih belum dilengkapi brek cakera di bahagian roda depan. Begitu juga dengan model Yamaha RX-Z keluaran tahun 1985 ini, yang hanya dilengkapi brek cakera depan biasa jenis gelendong (drum brake). (more…)

Honda CB150R 2019 dilancarkan di pasaran Thailand

Pada tarikh 08hb. Mac 2019 yang lepas, model terbaharu Honda CB150R 2019 secara rasminya dilancarkan di pasaran Thailand. Hadir dengan tema Neo Sports Cafe, CB150R tampil sebagai pilihan terkini dengan konsep THE STREETSTER di samping model Honda CB150R ExMotion yang dilancarkan pada September 2017. (more…)

Kawasaki Z900 model tahun 2019 di pasaran Eropah

Kawasaki Z900 merupakan sebuah model naked berprestasi tinggi, dilengkapi enjin berkapasiti 948cc (Liquid-cooled, 4-stroke In-Line Four, DOHC, 16 valves) dengan padanan transmisi 6-kelajuan. Enjin yang melengkapinya menghamburkan kuasa maksimum 125PS @ 9,500rpm dengan tork puncak 98.6Nm @ 7,700rpm. (more…)

Suzuki umum harga Katana 2019 dan pek aksesori Samurai

Model terbaharu Suzuki Katana 2019 yang dinanti-nantikan, kini telah menerima tanda harga rasmi untuk pasaran UK. Model tersebut ditawarkan pada harga yang disyorkan sebanyak £11,399 (bersamaan RM61,863.41 mengikut kadar tukaran semasa). (more…)

Kawasaki Z250 model tahun 2019 kini berwajah baharu

Untuk pasaran tahun 2019, jentera jalanan dalam segmen naked iaitu Kawasaki Z250 telah mengalami perubahan dari segi rekaan, paling signifikan ialah di bahagian lampu depan utamanya. Boleh dikatakan rekaan baharu Kawasaki Z250 2019 telah berjaya menjadikan penampilan terkininya lebih sporty dan segar, namun kekal agresif. (more…)