Zontes Malaysia akan melancarkan model baharu pada Mac 2019

Jenama pengeluar motosikal Zontes yang berasal dari China bakal melancarkan model pertamanya di pasaran Malaysia pada bulan Mac 2019 akan datang. Setakat ini berdasarkan maklumat awal dari laman Facebook Zontes Malaysia, model yang akan dilancarkan itu besar kemungkinan ialah Zontes 310X, Zontes 310R, atau mungkin juga model kembara Zontes 310T. (more…)

Brosur Yamaha MT-15 2019 untuk pasaran Thailand

Model terbaharu Yamaha MT-15 2019 secara rasminya membuat kemunculan pertama di pasaran Thailand dalam bulan Oktober 2018, dan kemudiannya dibawa masuk ke pasaran Indonesia dalam bulan Januari tahun ini. Model tersebut kemudiannya akan dilancarkan di pasaran India dan Filipina dalam masa terdekat, sementara untuk pasaran Malaysia masih belum ada khabar berita. (more…)

Honda Integra hadir dengan pilihan warna baharu untuk musim 2019

Honda Integra diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2012, merupakan sebuah model dengan rekaan maxi skuter yang menggabungkan keselesaan, gaya dan kemudahan sebuah skuter bersama-sama pengendalian dinamik dan prestasi enjin sebuah motosikal. (more…)

Benelli pamer model konsep Leoncino 800 di EICMA 2018

Bertempat di EICMA 2018 yang berlangsung dalam bulan November yang lalu di Milan, Itali, Benelli telah mempamerkan model konsep Leoncino 800. Model konsep ini merupakan susulan kepada model Leoncino 500, dan dijangkakan versi produksinya akan diperkenalkan secara rasmi tahun depan. (more…)