SYM perkenal skuter elektrik masa depan EE1

Bertempat di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2018 yang berlangsung di Milan, Itali pada penghujung tahun lepas, SYM telah mempamerkan model skuter elektrik yang diberi nama SYM EE1. Tidak banyak maklumat yang diperolehi mengenai model ini, namun dijangkakan unit yang dipamerkan ini masih di peringkat konsep atau prototaip. (more…)

Benelli memperkenalkan model baharu Benelli 302S 2019

Salah sebuah model baharu yang diperkenalkan oleh Benelli bagi musim jualan 2019 kali ini ialah Benelli 302S. Model tersebut hadir dengan reka bentuk naked yang bergaya, sporty dan moden, menggunakan enjin 300cc terlaris Benelli. Wajah depan model ini antara yang menyerlah dengan kehadiran lampu utama jenis LED. (more…)

Galeri : Kawasaki Ninja 125 2019

Model terbaharu Kawasaki Ninja 125 2019 secara rasminya diperkenalkan dalam suku keempat tahun lepas, bersama-sama model Kawasaki Z125 2019. Kedua-dua model tersebut mempunyai kapasiti enjin yang sama, namun hadir di dalam segmen yang berbeza khusus untuk pengguna baharu di kalangan generasi muda di pasaran Eropah. (more…)

Boon Siew Honda perkenal warna baharu untuk Honda Rebel dan Honda X-ADV

Pada 26 Disember 2018 yang lalu, Boon Siew Honda Sdn Bhd telah memperkenalkan warna baharu untuk model Honda Rebel dan Honda X-ADV di pasaran Malaysia. Bagi Rebel, dua warna baharu diperkenalkan iaitu Mat Axis Gray Metallic dan Pearl Cadet Gray, manakala X-ADV menerima warna baharu Mat Moonstone Silver Metallic. (more…)

Yamaha YZF-R6 2019 di pasaran USA, harga dari $12,199

Untuk pasaran USA, Yamaha YZF-R6 model tahun 2019 hadir dalam tiga pilihan warna yang menyerlah iaitu Team Yamaha Blue, Matte Gray dan Intensity White. Harga yang ditawarkan untuk model supersport kelas pertengahan tersebut bermula dari $12,199, bersamaan RM49,838.54 mengikut kadar tukaran semasa.  (more…)