Suzuki Gixxer 250 akan dilancarkan dalam versi fairing penuh untuk pasaran India pada 20hb. Mei 2019

Suzuki mempunyai pasaran motosikal yang cukup besar di negara India. Dalam kategori di bawah 200cc, syarikat tersebut¬†menawarkan model Gixxer versi naked dan Gixxer SF dengan penampilan full fairing sporty, kedua-duanya dikuasakan enjin 154.9cc (4-stroke, 1-cylinder, Air-cooled, SOHC, 2 Valve, 5-speed). Model-model lain yang ditawarkan berupa skuter, motosikal besar dan motosikal dalam kategori off-road. (more…)

Suzuki Katana 2019 ditawarkan pada harga asas RM84,500.00 untuk pasaran Malaysia

Beberapa minggu yang lepas dikhabarkan model legenda Suzuki Katana 2019 telah pun tiba di pasaran tempatan. Ketika itu ramai yang tertanya-tanya berapakah harga yang akan ditawarkan untuk model berkenaan. Sebagai perbandingan, harga untuk Katana 2019 di pasaran UK adalah sekitar RM62k, atau bersamaan ¬£11,399. (more…)

Benelli 302S model tahun 2019 di pasaran Thailand

Untuk pasaran Thailand, model terbaharu Benelli 302S telah ditawarkan dalam empat pilihan warna yang menarik iaitu hijau, putih, merah dan hitam. Model tersebut dikuasakan enjin parallel twin-cylinder dengan sistem electronic fuel injection, double overhead camshaft timing dan four valves, seterusnya menghasilkan kuasa dan tork masing-masing pada 38hp @ 11,000rpm dan 25.6Nm @ 9,750rpm. (more…)

Ducati Monster 821 Stealth 2019 kini di pasaran

2019 Ducati Monster 821 Stealth

Salah sebuah model keluaran Ducati yang diperkenalkan di pasaran untuk musim jualan tahun 2019 ialah Ducati Monster 821 Stealth. Model tersebut hadir dengan warna hitam matte dan grafik yang dikemaskini, di samping kelengkapan standard seperti adjustable fork dan Ducati Quick Shift up/down, menjadikannya sebagai sebuah jentera naked yang lebih efektif ketika berada di atas jalan raya. (more…)

Yamaha Y15ZR Ultraman Limited Edition 2019 kini di pasaran Malaysia

Untuk para peminat tegar Yamaha Y15ZR di pasaran Malaysia, kini anda berpeluang untuk memiliki sebuah model edisi khas lagi terhad yang bukan sahaja menarik dan sporty, malah unik dan lain daripada yang lain. Apatah lagi jika suatu masa dahulu dan mungkin juga sekarang anda ialah seorang peminat tegar superhero Ultraman. (more…)