Boon Siew Honda perkenal warna baharu untuk Honda Rebel dan Honda X-ADV

Pada 26 Disember 2018 yang lalu, Boon Siew Honda Sdn Bhd telah memperkenalkan warna baharu untuk model Honda Rebel dan Honda X-ADV di pasaran Malaysia. Bagi Rebel, dua warna baharu diperkenalkan iaitu Mat Axis Gray Metallic dan Pearl Cadet Gray, manakala X-ADV menerima warna baharu Mat Moonstone Silver Metallic. (more…)

Yamaha YZF-R6 2019 di pasaran USA, harga dari $12,199

Untuk pasaran USA, Yamaha YZF-R6 model tahun 2019 hadir dalam tiga pilihan warna yang menyerlah iaitu Team Yamaha Blue, Matte Gray dan Intensity White. Harga yang ditawarkan untuk model supersport kelas pertengahan tersebut bermula dari $12,199, bersamaan RM49,838.54 mengikut kadar tukaran semasa.  (more…)

Honda Wave 125i serba baharu kini di pasaran Malaysia

Boon Siew Honda Sdn Bhd pada 19 November 2018 yang lalu secara rasminya melancarkan Honda Wave 125i serba baharu untuk pasaran Malaysia. Model tersebut kini hadir dengan rekaan yang lebih segar dan menarik berbanding model sebelumnya.  (more…)

Kawasaki perkenal trio model supersport ZX-10R KRT Edition, ZX-10R SE dan ZX-10RR 2019

Trio model supersport berprestasi tinggi Kawasaki ZX-10R KRT Edition, Kawasaki ZX-10R SE dan Kawasaki ZX-10RR, ketiga-tiganya merupakan model yang menerima kemaskini baharu untuk tahun 2019, telah diperkenalkan oleh Kawasaki sejak penghujung tahun lepas dan muncul di pameran motosikal EICMA 2018. (more…)

Kawasaki Z400 2019 diperkenalkan untuk pasaran Eropah

Bertempat di EICMA 2018 di Milan, Itali, pada bulan November yang lalu, Kawasaki secara rasminya memperkenalkan model terbaharu Kawasaki Z400 model tahun 2019. Telah berada di pasaran Eropah, dan di pasaran Jepun mulai 15 Februari 2019, Z400 tampil dengan reka bentuk naked yang kelihatan cukup bergaya dan sporty. (more…)