Suzuki Katana 2019 merupakan jelmaan semula sebuah legenda dunia permotoran

Suzuki Katana tidak dinafikan lagi merupakan sebuah model yang kini menjadi legenda dan ikonik dalam dunia permotoran antarabangsa. Oleh itu tidak hairanlah kalau jelmaan semula model tersebut sebelum ini amat dinanti-nantikan. Memperkenalkan Suzuki Katana 2019, yang mana ianya secara rasmi membuat penampilan sulong di INTERMOT 2018 yang berlangsung di Cologne, Jerman pada Oktober yang lalu. (more…)

Honda 400X 2019 terima kemaskini baharu, di pasaran Jepun mulai 22 Mac 2019

Untuk pasaran domestik Jepun, Honda 400X model tahun 2019 akan tiba secara rasmi mulai 22 Mac 2019. Berbanding model tahun sebelumnya, 400X 2019 kini telah menerima kemaskini baharu dari segi rekaan terutamanya di bahagian depan yang kini tampil lebih tajam dan sporty. (more…)

Zontes 310V motosikal buatan China yang menarik dengan rekaan unik dan tersendiri

Zontes merupakan sebuah jenama pengeluar motosikal dari negara China yang boleh dikatakan agak terkenal, di mana pasarannya telah berkembang sehingga ke Eropah. Syarikat tersebut turut mengeluarkan pelbagai model motosikal yang menarik dengan rekaan unik dan tersendiri, salah satu contohnya ialah model Zontes 310V. (more…)

Benelli 302R model tahun 2019

Benelli 302R merupakan sebuah model supersport yang turut dijual di pasaran Malaysia, dilancarkan sekitar bulan April 2017 yang lalu. Harga yang ditawarkan untuk 302R ini sekitar RM23k, agak berpatutan untuk sebuah jentera dengan enjin 300cc. Dipadankan kotak gear 6-kelajuan, enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 38hp @ 11,000rpm dengan tork puncak 25.6Nm @ 9,750rpm.  (more…)

SYM VF185 dengan sistem brek ABS dijual di pasaran Greece mulai Februari 2019

Model moped berkuasa SYM VF3i 185 dengan enjin 183cc dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan April 2018 yang lalu, dan kemudiannya diikuti oleh pelancaran model SYM Star SR 170 (ABS) di pasaran Vietnam dalam bulan Disember 2018. Terkini, SYM VF185 dengan sistem brek ABS bakal berada di pasaran Greece mulai bulan Februari 2019. (more…)