Yamaha XSR700 2019 kini di pasaran USA

Model bergaya klasik moden Yamaha XSR700 model tahun 2019, secara rasminya telah berada di pasaran USA sejak bulan Februari 2019 yang lalu. Hanya boleh didapati dalam pilihan warna tunggal Aluminum/Red, harga yang ditawarkan adalah sebanyak $8,499 sahaja (bersamaan RM34,740.51 mengikut kadar tukaran semasa). (more…)

Honda NC750S dan NC750X 2019 terima penambahbaikan spesifikasi dan perubahan warna untuk pasaran Jepun

Untuk pasaran Jepun mulai bulan November 2018 yang lalu, Honda NC750S dan Honda NC750X model tahun 2019, telah menerima penambahbaikan spesifikasi dan perubahan warna baharu. Selain daripada model standard yang dilengkapi transmisi 6-kelajuan, kedua-dua model turut tersedia dalam versi dengan transmisi DCT. (more…)

Honda PCX 2019 terima warna baharu Sophisticated Matte Silver di pasaran Indonesia

Pada 04hb. Februari 2019 yang lalu, PT Astra Honda Motor (AHM) secara rasminya memperkenalkan skuter Honda PCX model tahun 2019 yang kini didatangkan dengan pilihan warna baharu Sophisticated Matte Silver. Pilihan warna lain yang turut tersedia adalah seperti Wonderful White, Brilliant Black dan Majestic Matte Red. (more…)

SM Sport 110R 2019 hadir dengan warna dan grafik baharu

SM Sport merupakan jenama motosikal tempatan baharu yang diperkenalkan hampir dua tahun yang lepas oleh Mforce Bike Holdings Sdn Bhd. Model pertama mereka SM Sport 110R telah mencatatkan jualan yang amat memberangsangkan dan kini ianya diperkenalkan dengan warna dan grafik baharu yang lebih menarik dan bergaya. (more…)