Yamaha RX-Z Deluxe model tahun 1993

Menurut Yamaha, model ini dikenali dengan nama Yamaha RX-Z Deluxe, atau singkatannya ialah RX-ZD. Tidak dapat dipastikan kenapa model ini diberi gelaran Deluxe yang membawa maksud kemewahan, atau mungkin juga kerana ianya hadir dengan ciri-ciri dan teknologi yang lebih baik berbanding RX-Z versi standard. (more…)

Suzuki Rider R150 2019 di pasaran Vietnam

Apabila Suzuki menarik diri daripada pasaran Malaysia dan tidak lagi menjual motosikal bersaiz kecil, sebaliknya hanya menumpukan pasaran motosikal besar, ramai peminat motosikal tempatan yang berasa sedih dan kecewa. Apatah lagi pasaran Malaysia terlepas peluang untuk melihat kehadiran model Belang R150 versi terbaharu. (more…)

Warna baharu untuk Yamaha XSR900 ABS 2019 di pasaran Jepun

Yamaha XSR900 ABS yang tampil bergaya retro moden dengan teknologi masa kini, baru-baru ini telah diperkenalkan dalam pilihan warna baharu untuk pasaran Jepun. Bakal berada di pasaran Jepun mulai 28 Mac 2019 akan datang, warna baharu yang diperkenalkan itu ialah biru, bersama-sama warna sedia ada hitam dan kelabu matte. (more…)

Indian Motorcycle perkenal model terbaharu Roadmaster Elite Limited Edition 2019

Indian Motorcycle, syarikat pengeluar motosikal pertama Amerika Syarikat yang bermula sejak tahun 1901, pada 26hb. Februari 2019 yang lalu telah mengumumkan ketibaan model touring ultra-premium terbaharu Indian Roadmaster Elite 2019. Model Limited Edition tersebut hanya dikeluarkan dalam jumlah terhad 200 unit sahaja. (more…)

Yamaha RX-Z model tahun 1989

Sekitar tahun 1989 pada suatu ketika dahulu, memiliki sebuah motosikal Yamaha RX-Z pastinya sesuatu yang amat bermakna dan menggembirakan. Mungkin pada ketika itu, Yamaha RX-Z yang dijual di pasaran negara kita adalah sama seperti mana yang dipaparkan di sini. Atau mungkin juga ianya merupakan model untuk luar negara. (more…)