Galeri : Honda CBR500R, CB500F dan CB500X 2019

Untuk pasaran tahun 2019, trio model 500cc Honda iaitu CBR500R, CB500F dan CB500X telah tampil dengan kemaskini baharu yang cukup menarik dan sporty. Ketiga-tiga model edisi tahun 2019 itu dijangka akan masuk ke pasaran Malaysia tidak lagi bagi menggantikan model terdahulu edisi tahun 2018. (more…)

Warna baharu untuk Yamaha MT-09 ABS 2019 di pasaran Jepun

Yamaha telah mengemaskini pilihan warna untuk MT-09 ABS di pasaran Jepun, dengan kehadiran warna baharu Matt Light Gray Metallic 4, termasuk warna Vermillion yang terang di bahagian roda dan grafik. Kekal sporty dan agresif, MT-09 ABS dengan pilihan warna baharu itu akan berada di pasaran Jepun secara rasmi mulai 01hb. April 2019. (more…)

Honda CB250R 2019 di pasaran Jepun terima penambahbaikan dan warna baharu

Untuk pasaran Jepun, Honda CB250R model tahun 2019 telah menerima penambahbaikan terkini di bahagian suspensi, termasuklah pilihan warna terbaharu biru yang menawan bersama-sama sistem brek ABS sebagai ciri standard. Model tersebut akan berada di pasaran Jepun secara rasmi mulai tarikh 19hb. April 2019 akan datang. (more…)

Yamaha RX-Z model tahun 2007 di pasaran Malaysia

Menurut laman sesawang Wikipedia, Yamaha RX-Z telah mengalami perubahan reka bentuk mulai tahun 2004, di mana rekaan lampu belakangnya diambil daripada lampu belakang model Yamaha 125ZR. Perubahan lain ialah sistem ekzosnya yang telah dilengkapi catalytic converter dan cowling fairing rekaan baharu yang sporty. (more…)

Kawasaki Z650 model tahun 2019 di pasaran Eropah

Untuk peminat motosikal dalam segmen naked, Kawasaki Z650 mungkin merupakan salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan. Model tersebut mempunyai reka bentuk yang sporty dan agresif, di samping spesifikasi yang tidak kurang hebatnya. (more…)