Yamaha YZF-R25 2019 kini di pasaran Malaysia, harga asas RM19,998.00

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) baru-baru ini telah mengumumkan harga untuk Yamaha YZF-R25 model tahun 2019 di pasaran tempatan telah ditetapkan sebanyak RM19,998.00. Harga tersebut merupakan harga asas tidak termasuk kos insuran, cukai jalan dan pendaftaran. (more…)

Galeri : Yamaha Y15ZR V2 2019 kini di pasaran Malaysia

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) baru-baru ini telah melancarkan model Raja Jalanan terbaharunya Yamaha Y15ZR V2 2019, yang kini telah menerima perubahan ‘facelifted’ yang lebih menarik, segar dan sporty. Antara ciri-ciri baharu yang diperkenalkan melalui model moped tersebut adalah seperti berikut : (more…)

Yamaha Y15ZR V2 model tahun 2019 terbaharu dilancarkan, harga akan diumumkan pada April 2019

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) kelmarin secara rasminya memperkenalkan Yamaha Y15ZR V2 2019 terbaharu untuk pasaran tempatan. Model tersebut dilancarkan dalam suasana yang penuh meriah bertempat di perlumbaan Petronas Malaysia Cub Prix 2019 dalam pusingan yang berlangsung di Jasin, Melaka. (more…)

Yamaha RZR model tahun 1987

Yamaha RZR merupakan sebuah model motosikal dua lejang dengan enjin 135cc yang boleh dikatakan cukup berkuasa di zamannya. Kelajuan maksimum motosikal tersebut dikatakan dalam lingkungan 150 km/j. Sama seperti Yamaha RX-Z dari segi teknikal, perbezaan ketara antara kedua-duanya ialah dari segi penampilan bahagian depan. (more…)

Ducati Monster 797 model tahun 2019 diperkenalkan

Pada penghujung tahun lepas, Ducati memperkenalkan Monster 797 terbaharu model tahun 2019. Model tersebut kini boleh didapati dalam pilihan warna merah (Ducati Red with red frame and black wheels) dan putih (Star White Silk with black frame and black wheels), dan kedua-duanya kekal sporty, kompak dan bergaya. (more…)