Model Hyper Naked Yamaha MT-09 bagi tahun 2019 untuk pasaran Eropah telah diperkenalkan secara rasmi dalam bulan September 2018 yang lalu, dengan jualannya bermula pada bulan Disember tahun yang sama. (more…)
Category: Yamaha
Yamaha Exciter 150 Version 2.0 2019 dilancarkan di pasaran Thailand
Pada tarikh 08hb. Februari 2019 yang lepas, Yamaha dengan rasminya melancarkan moped 150cc Yamaha Exciter 150 Version 2.0 model tahun 2019 untuk pasaran negara jiran Thailand. Model tersebut sebelum ini dilancarkan di pasaran Vietnam dan Indonesia, dan selepas Thailand, Malaysia mungkin akan menjadi destinasi seterusnya tidak lama lagi. (more…)
Yamaha MT-07 2019 diperkenalkan untuk pasaran Eropah
Yamaha MT-07 model tahun 2019 merupakan sebuah model naked bergaya sporty, telah diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran Eropah pada bulan September 2018 yang lalu. Ianya diperkenalkan bersama-sama model lain dalam siri MT seperti Yamaha MT-125, Yamaha MT-03, Yamaha MT-09, Yamaha MT-09 SP, Yamaha MT-10 dan Yamaha MT-10 Tourer Edition. (more…)
Yamaha 125ZR Super Sport warna Kuning Diraja
Salah sebuah motosikal kapchai @ moped antara yang paling ikonik dan menjadi legenda di negara kita ialah Yamaha 125ZR Super Sport. Model ini dilengkapi enjin bersesaran 124.3cc (2-lejang, penyejukan udara, silinder tunggal, transmisi 6-kelajuan, klac tangan manual) dengan kuasa maksimum 12.8kW @ 8,000rpm dan tork puncak 16.1Nm @ 7,500rpm. (more…)
Yamaha MT-25 dan MT-03 di pasaran Jepun terima warna baharu untuk tahun 2019
Yamaha hari ini mengumumkan dua model keluarannya Yamaha MT-25 dan Yamaha MT-03, akan menerima pilihan dua warna baharu di pasaran Jepun mulai 1 Mac 2019. Warna baharu tersebut ialah Matt Light Gray Metallic yang digabungkan dengan rim roda berwarna Vermillion, bagi menyerlahkan lagi gaya sporty dan agresifnya. (more…)