Yamaha Jupiter V model keluaran tahun 2003

Sekali pandang tentu ramai yang mengenali model motosikal dalam kategori kapchai ini. Untuk pasaran Malaysia, ianya dikenali dengan nama Yamaha Lagenda, manakala untuk pasaran Indonesia ianya dikenali dengan nama Yamaha Jupiter. Pasaran lain yang turut pernah menerima model ini termasuklah Thailand, Vietnam dan juga Filipina.

Bagi model ini yang dikenali dengan nama Yamaha Jupiter V, dipercayai ianya adalah untuk pasaran Indonesia sebagai tambahan untuk varian Yamaha Jupiter Z. Namun begitu agak menghairankan apabila carian menggunakan enjin Google didapati agak sukar untuk mendapatkan maklumat mengenai model Yamaha Jupiter V ini.

Berdasarkan maklumat yang ada sedikit sebanyak, Yamaha Jupiter V keluaran tahun 2003 ini dikuasakan enjin empat lejang 110cc, sama seperti model Yamaha Lagenda generasi kedua. Model tersebut juga hadir dengan beberapa pilihan warna bersama-sama corak grafik yang menarik, brek cakera depan dan penutup rantai motosikal jenis penuh.