Ducati Streetfighter V4 Prototype terlibat dalam kemalangan di perlumbaan Pikes Peak 2019, pelumba handalan Carlin Dunne terkorban

Ini merupakan berita terbaharu yang amat menyedihkan buat komuniti permotoran di seluruh dunia. Dalam perlumbaan Pikes Peak International Hill Climb 2019 kali yang ke-97 di Colorado, USA, pelumba handalan dan bekas juara edisi 2018, Carlin Dunne, yang menunggang jentera prototaip Ducati Streetfighter V4, telah terlibat dalam kemalangan tidak jauh dari garisan penamat yang seterusnya mengorbankan nyawanya.

Menurut laporan dari laman blog Asphalt & Rubber, kemalangan tragis tersebut telah disahkan secara bersama oleh pihak penganjur kejohanan dan Ducati North America melalui kenyataan berikut :

The collective hearts of the Colorado Springs community and the Board of Directors of The Pikes Peak International Hill Climb, along with Ducati North America, share the grief and pain of Carlin Dunne’s family, friends and fans over his untimely death.

Throughout the 97 years that this unique race has been conducted on America’s Mountain, we have experienced the ultimate joy in victory, the disappointment of failure and now, the unexpected heartbreak of the loss of a competitor, whose love of the race brought him to Pikes Peak. We mourn the tragic death of Carlin and he will remain in our hearts forever as part of the Pikes Peak International Hill Climb family. Carlin will be remembered as a warm hearted mentor with a competitive spirit. He was a gentle and thoughtful man who touched everyone who met him. We will always remember his contagious smile and genuine love for sport.

“There are no words to describe our shock and sadness. Carlin was part of our family and one of the most genuine and kind men we have ever known. His spirit for this event and love of motorcycling will be remembered forever as his passing leaves a hole in our hearts,” said Jason Chinnock, CEO Ducati North America.

With our deepest condolences,

The Board of Directors of the Pikes Peak International Hill Climb

Ducati North America

Perlumbaan Pikes Peak 2019 berlangsung kelmarin pada tarikh 30 Julai 2019. Mendiang Carlin Dunne berusia 36 tahun, mempunyai pengalaman luas dalam perlumbaan “Race to the Clouds” sejak tahun 2011. Kematiannya bukan saja mengejutkan ahli keluarga dan saudara-mara, malah rakan-rakan dan semua peminat di seluruh dunia.

Jentera prototaip Ducati Streetfighter V4 dijadualkan akan dipamerkan dalam versi pengeluaran di EICMA 2019 pada November akan datang, dan akan berada di pasaran mulai bulan Mac 2020. Dengan perkembangan terkini melibatkan jentera tersebut, pihak Ducati mungkin akan membuat beberapa perubahan yang dijangka akan diumumkan kelak.