Yamaha 135LC model tahun 2019 terbaharu diperkenalkan, harga jualan asas RM6,868.00 sahaja

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) hari ini secara rasminya memperkenalkan Yamaha 135LC model tahun 2019 terbaharu yang kini tampil dengan beberapa perubahan kecil berbanding model terdahulu. Kesemua perubahan yang diperkenalkan tersebut melibatkan aspek kosmetik sahaja, seperti mana dalam senarai di bawah :

  • Additional horn cover
  • Additional air scoop (left and right)
  • Additional under cowl panel
  • New speedometer panel design
  • 3 new striking colors – Fiery Red, Storm Blue & Comet Grey

Untuk bahagian teknikal, Yamaha 135LC 2019 terbaharu masih mengekalkan enjin empat lejang 135cc SOHC dengan klac automatik, sistem sejukan cecair dan sistem suntikan bahan api jenis karburator. Harga asas yang ditawarkan adalah sebanyak RM6,868.00 sahaja (tidak termasuk kos insuran dan kos pendaftaran), lebih rendah berbanding model terdahulu yang dijual pada harga RM7,167.72.

Artikel terdahulu : Yamaha 135LC Super Sport 2017 terima kemaskini warna dan grafik baharu

Kepada peminat motosikal moped yang mahukan sebuah motosikal dengan reka bentuk menarik dan prestasi yang memuaskan, namun pada harga berpatutan, Yamaha 135LC 2019 edisi ‘Minor Change’ ini merupakan salah satu pilihan sesuai yang ditawarkan di pasaran tempatan ketika ini. Untuk anda, saksikan gambar-gambar menarik model berkenaan dalam galeri di bawah.