Yamaha perkenal YZF-R125 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition 2019

Yamaha Motor Europe secara rasminya memperkenalkan model supersport YZF-R125 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition, dengan tempahan untuk model berkenaan telah bermula mulai bulan Mei 2019 ini. Tiga pilihan warna ditawarkan untuk jentera berkonsepkan perlumbaan itu iaitu Yamaha Blue, Tech Black dan Competition White.

Menurut Yamaha, YZF-R125 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition 2019 edisi istimewa tersebut merupakan model paling terkini yang memberikan penghormatan terhadap pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP musim ini, yang dikemudikan oleh dua pelumba superstar Valentino Rossi dan Maverick ViƱales.

Tampil dengan reka bentuk sporty dan gaya yang agresif, YZF-R125 2019 dilengkapi enjin 125cc dengan sistem sejukan cecair dan 4-valve, menghasilkan daya tork lebih tinggi dan luas serta pengeluaran kuasa yang lebih lancar. Teknologi yang berada di sebalik enjin tersebut ialah sistem VVA (Variable Valve Actuation) yang canggih.

Ianya juga dilengkapi kerangka Deltabox yang dioptimumkan rekaannya bersama-sama swingarm aluminium yang ringan, seterusnya melengkapkan talaan casis untuk tunggangan sporty, lincah dan selesa. Ciri-ciri lain termasuklah klac A&S (Assist & Slipper), suspensi depan USD 41mm, GP style handle crown dan tayar belakang lebar.

Ciri-ciri utama :

  • R-Series body with Monster Energy Yamaha MotoGP livery
  • 125cc engine with Variable Valve Actuation
  • High combustion efficiency for smooth power
  • Deltabox frame providing excellent rigidity
  • Aluminium swing arm for sporty handling performance
  • Light and precise Assist & Slipper clutch
  • Special design fuel tank with 11-litre capacity
  • YZR-M1 MotoGP-inspired supersport cockpit
  • Sophisticated high-visibility LCD instruments
  • Strong ergonomics for balanced riding position
  • Wide 140/70-17 rear tyre for sharp road holding and style
  • Powerful braking system with large diameter 292mm front disc and 230mm rear disc

Untuk maklumat lanjut mengenai model YZF-R125 2019 ini, anda boleh ikuti artikel terdahulu di sini : Yamaha YZF-R125 2019 diperkenalkan untuk pasaran Eropah. Yamaha YZF-R125 hanya ditawarkan di pasaran Eropah, namun pasaran negara kita menerima model yang sama namun dengan enjin lebih besar iaitu Yamaha YZF-R15.