Jentera perlumbaan Yamaha TZ250M jadi inspirasi untuk model Yamaha TZM150

Sumber gambar dari : Yamaha TZM Malaysia FB

Bagi setiap model motosikal bercirikan prestasi dan kelajuan, pasti ada model tertentu yang menjadi inspirasi pengeluarannya. Begitu juga dengan model Yamaha TZM150 yang pernah berada di pasaran suatu ketika dahulu. Menurut paparan brosur di atas, Yamaha TZM150 diinspirasikan daripada jentera perlumbaan Yamaha TZ250M.

Berdasarkan hasil carian, beberapa keping gambar Yamaha TZ250M berjaya ditemui, yang mana ianya merupakan jentera perlumbaan yang dikeluarkan pada tahun 1992 sehingga 1994. Ianya dilengkapi enjin dua lejang 249cc, sejukan cecair, V-twin dan dipadankan transmisi 6-kelajuan. Kuasa maksimumnya dikatakan melebihi 85PS.

Menurut Yamaha, TZ250M merupakan model pengeluaran Yamaha TZ250 yang telah diubahsuai sebagai sebuah jentera perlumbaan. Bagi model TZM150, ianya dikuasakan enjin sejukan cecair 147cc, dengan ciri-ciri seperti silinder bersalut NCC, YPVS, YCLS, gantungan jenis Monocross, panel 3-meter, kerangka Delta Box dan roda tuang 3-jejari.