Suzuki Katana 2019 ditawarkan pada harga asas RM84,500.00 untuk pasaran Malaysia

Beberapa minggu yang lepas dikhabarkan model legenda Suzuki Katana 2019 telah pun tiba di pasaran tempatan. Ketika itu ramai yang tertanya-tanya berapakah harga yang akan ditawarkan untuk model berkenaan. Sebagai perbandingan, harga untuk Katana 2019 di pasaran UK adalah sekitar RM62k, atau bersamaan £11,399.

Akhirnya pada minggu lepas Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. telah mengumumkan harga jualan asas untuk Suzuki Katana 2019 di pasaran Malaysia, dan ianya ditetapkan sebanyak RM84,500.00. Di dalam laman sesawang Mudah.my pula, harga yang ditetapkan tidak jauh berbeza iaitu sebanyak RM85,000.00 sahaja.

Dengan pengumuman harga tersebut, bolehlah dikatakan harga di pasaran UK dan di pasaran Malaysia untuk Katana 2019 tidaklah terlalu besar perbezaannya. Bagi anda yang mungkin berminat untuk memiliki model legenda Suzuki Katana 2019 serba baharu ini, bolehlah berkunjung ke mana-mana wakil jualan Suzuki berdekatan.