Ducati Monster 821 Stealth 2019 kini di pasaran

2019 Ducati Monster 821 Stealth

Salah sebuah model keluaran Ducati yang diperkenalkan di pasaran untuk musim jualan tahun 2019 ialah Ducati Monster 821 Stealth. Model tersebut hadir dengan warna hitam matte dan grafik yang dikemaskini, di samping kelengkapan standard seperti adjustable fork dan Ducati Quick Shift up/down, menjadikannya sebagai sebuah jentera naked yang lebih efektif ketika berada di atas jalan raya.

Ducati Monster 821 Stealth 2019 dikuasakan enjin 821cc (twin-cylinder Desmodromic Testastretta 11°) dengan padanan transmisi 6-kelajuan, seterusnya menghamburkan kuasa maksimum 109hp @ 9,250rpm dan tork puncak 86Nm @ 7,750rpm. Berat kering motosikal tersebut ialah 180.5 kg, manakala ketinggian tempat duduknya boleh dilaras pada ketinggian 785 mm sehingga 810 mm untuk keselesaan penunggangnya.

Antara ciri-ciri standard lain yang dibekalkan untuk Monster 821 Stealth termasuklah Ducati Safety Pack yang merangkumi sistem Bosch ABS dan Ducati Traction Control (DTC), Riding Modes, Power Modes, LED position light and tail light dan TFT colour display. Selang selenggaranya menjangkaui perbatuan 15,000 km atau 12 bulan, memberikan lebih penjimatan bukan hanya sekadar kos, malah menjimatkan masa.