Yamaha SRX250 model tahun 1987

Ini merupakan model Yamaha SRX250 keluaran tahun 1987 untuk pasaran USA. Ianya dilengkapi enjin empat lejang bersesaran 249cc, satu silinder tunggal, DOHC, 4 valve dan sistem penyejuk jenis udara. Sistem transmisinya ialah jenis enam kelajuan.

Dari segi reka bentuk, Yamaha SRX250 ini mempunyai badan yang ramping dengan rekaan sporty, lain dari yang lain. Di pasaran USA, jualannya hanya berjalan setahun sahaja. Model SRX250 ini turut dijual di pasaran Jepun di samping model SRX400.