Yamaha perkenal Exciter 150 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition 2019 di pasaran Vietnam

Untuk pasaran Vietnam, beberapa hari yang lepas Yamaha telah memperkenalkan Yamaha Exciter 150 versi terbaharu – Yamaha 150 Exciter Monster Energy Yamaha MotoGP Edition 2019. Model tersebut tampil dengan warna dan grafik bertemakan jentera perlumbaan Yamaha YZR-M1 2019 milik pasukan Yamaha MotoGP.

Berdasarkan maklumat daripada siaran akhbar yang diterbitkan, tiada sebarang perubahan teknikal yang dilakukan untuk model berkenaan. Yamaha 150 Exciter Monster Energy Yamaha MotoGP Edition 2019 masih kekal dengan spesifikasi sedia ada, sama seperti model Exciter 150 lain yang berada di pasaran Vietnam ketika ini.