Yamaha SR-Z 125 model tahun 1993

Menurut sumber maklumat yang agak terhad, Yamaha SR-Z 125 model keluaran tahun 1993 ini dilengkapi enjin empat lejang bersesaran 125cc. Model ini mempunyai reka bentuk yang sama dengan model Yamaha RX-Z, cuma perbezaannya ialah dari segi penggunaan enjin sahaja, di mana RX-Z dilengkapi enjin jenis dua lejang.

Bagi pasaran ASEAN terutamanya pasaran Malaysia, Thailand dan Indonesia, penampilan Yamaha RX-Z dengan enjin empat lejang sudah tentu dirasakan pelik sekali, jadi sebab itulah Yamaha SR-Z 125 ini tidak pernah ditawarkan. Model ini dipercayai pernah dijual di pasaran China, Taiwan dan beberapa pasaran lain.

Artikel berkaitan : Yamaha SR125Z model tahun 1994