Yamaha YZF-R15 2019 di pasaran Indonesia tampil lebih sporty dengan pilihan warna baharu

PT Yamaha Indonesia Motor Mfg. (PT YIMM) hari ini memperkenalkan Yamaha YZF-R15 2019 yang kini tampil lebih sporty dan segar dengan pilihan warna baharu. Ketiga-tiga warna tersebut ialah Racing Blue, Racing Yellow dan Racing Black.

Model tersebut dikuasakan enjin 155cc dengan transmisi 6-kelajuan yang dilengkapi dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA), di samping dilengkapi sistem Assist & Slipper Clutch (ASC) yang menjadikan tunggangan lebih mudah dan menyeronokkan.

Ciri-ciri lain yang melengkapi YZF-R15 2019 termasuklah rangka Delta Box, suspensi depan Up Side Down, Aluminium Rear Arm, tayar tanpa tiub lebar, lampu depan dan belakang LED, Hazard Lamp dan Speedometer Full Digital dengan Shift-Timing Light.