Yamaha RZ-R model tahun 1991

Yamaha RZ-R model tahun 1991 ini pernah mewarnai dunia permotoran dan agak popular pada suatu ketika dahulu, terutamanya di pasaran luar negara. Entah kenapa Yamaha RX-Z versi full fairing ini tidak di bawa masuk ke pasaran Malaysia, kalau tidak tentu bertambah meriah dunia permotoran tempatan pada ketika itu.

Yamaha RZ-R yang dipaparkan di dalam artikel ini dikuasakan enjin dua lejang bersesaran 135cc, tampil dalam pilihan warna merah dan biru dengan corak grafik yang menarik. Sama ada namanya Yamaha RZ-R atau RZR, model ini jika masih ada pasti sangat sesuai untuk menyertai program permotoran berkonsepkan retro.