Yamaha RD350F dan RD350R dilengkapi fairing penuh sporty

Model motosikal Yamaha RD350 mempunyai beberapa varian dan generasi, termasuklah model Yamaha RD350F model keluaran tahun 1985 ini. Model tersebut dilengkapi fairing penuh yang sporty, sistem brek cakera depan berkembar termasuklah sistem ekzos juga jenis berkembar di bahagian kiri dan kanan motosikal.

Bagi model Yamaha RD350R model tahun 1992 yang turut dipasangkan fairing penuh, lampu depannya mengalami perubahan kepada jenis bulat dan berkembar. Sistem brek dan sistem ekzos juga masih sama iaitu jenis berkembar di bahagian kiri dan kanan. Dengan enjin 350cc dan teknologi YPVS, prestasi kedua-duanya pasti mengujakan.