Penampilan baharu Suzuki Satria F150 model tahun 2019 di pasaran Indonesia

Suzuki Satria F150 model tahun 2019 di pasaran Indonesia membuat kemunculan dalam bulan September 2018 yang lalu, dengan empat pilihan warna-warna baharu dan grafik yang lebih menawan, berani dan tidak membosankan apabila dipandang. Empat pilihan warna-warna baharu itu ialah Stronger Red, Aura Yellow, Titan Black dan Titan Black – Red CW, di samping dua warna sedia ada Matt Black dan Biru MotoGP.

Satria F150 merupakan sebuah model hyperunderbone yang dilengkapi enjin DOHC 150cc dengan sistem suntikan bahan api dan penyejuk cecair, menghasilkan prestasi maksimum 13.6kW @ 10,000rpm dengan tork puncak 13.8Nm @ 8,500rpm. Enjin yang bertenaga itu kemudiannya dipadankan transmisi 6-kelajuan. Kapasiti maksimum tangki bahan apinya ialah 4 liter, manakala jumlah berat kosong jentera ialah 109 kg.

Untuk pasaran Indonesia, Suzuki Satria F150 2019 ditawarkan pada harga 22,500.000 Rp, bersamaan RM6,658.65 mengikut kadar tukaran semasa. Suzuki Satria F150 akan dikenali dengan nama Suzuki Belang R150 jika ianya masih ditawarkan di pasaran Malaysia, sama seperti mana ketika ianya dijual dahulu. Pasaran lain untuk Satria F150 ketika ini antaranya termasuklah pasaran Thailand, Vietnam dan juga Filipina.