Honda CBR1000RR Fireblade 2015 atau lebih terkenal dengan nama panggilan ‘Rabbit’

Pengeluaran generasi pertama Honda CBR1000RR Fireblade dengan enjin dalam kapasiti 1,000cc bermula pada tahun 1992, dan kini diteruskan lagi dengan pengeluaran generasi terkini yang berada di pasaran sejak tahun 2017 sehingga sekarang.

Antara nama panggilan terkenal untuk CBR1000RR di pasaran Malaysia ialah ‘Rabbit’ yang bermaksud arnab. Tetapi tahukah anda model atau generasi yang mana satu terkenal dengan nama panggilan tersebut? Ianya bermula melalui model tahun 2008 sehingga tahun 2016, di mana ianya hadir dengan rekaan kepala seakan-akan arnab.

Bagi model CBR1000RR generasi yang lain termasuk generasi 2017 – 2019, gelaran Rabbit rasanya tidak lagi sesuai kerana rekaan kepala yang tidak lagi mirip seekor arnab. Sewaktu di zaman kegemilangannya, CBR1000RR Rabbit mendapat pujian ramai kerana reka bentuknya yang sporty dan prestasinya yang begitu berkuasa.

Oleh kerana telah lama berada di pasaran, Honda CBR1000RR Rabbit versi terpakai kini banyak ditawarkan di pasaran tempatan pada harga serendah RM42k dan ke atas (sumber dari Mudah.my), bergantung pada tahun pengeluaran dan spesifikasinya.

Galeri : 2015 Honda CBR1000RR Fireblade

Galeri : 2015 Honda CBR1000RR Fireblade SP