Yamaha FZ150 model tahun 1990 dilengkapi enjin V-Twin

Yamaha FZ150i yang pernah dijual di pasaran tempatan sebelum ini dilengkapi enjin 150cc dalam konfigurasi biasa, namun tahukah anda suatu ketika dahulu Yamaha FZ150 pernah dikeluarkan dengan enjin dalam konfigurasi V-Twin?

Yamaha FZ150 model tahun 1990 ini dilengkapi enjin V-Twin empat lejang dengan kapasiti enjin 150cc, seperti mana jelas dapat dilihat dalam paparan gambar-gambar menariknya dalam galeri di bawah. Namun begitu tidak dapat dipastikan pasaran negara manakah yang menerima kemasukan model unik ini.

Ciri-ciri lain yang melengkapi FZ150 V-Twin ini termasuklah kerangka delta box, sistem brek cakera di bahagian roda depan dan rekaan lampu depan jenis bulat yang kental dengan gaya klasik. Memang ‘rare’ kalau dapat memiliki FZ150 V-Twin ini.